January 24, 2011

LoveMakan – Rangkaian Sosial Untuk Penggemar Makanan

Selain daripada FaceFood, kini turut muncul sebuah laman sosial yang berkongsikan makanan yang baru, iaitu LoveMakan, yang mana dibangunkan oleh pembangun disebalik Bloglah.org dan beberapa aplikasi web yang lain. Pendaftaran pada laman LoveMakan.com juga amat mudah, dengan penggunaan Facebook Connect, selain membawakan antaramuka yang kemas dan menarik.



Sehingga kini, lebih 144 orang telah berdaftar, selain kandungan padanya dikawal-selia, dimana hanya kandungan berkenaan dengan makanan sahaja diperlihatkan. Para pengguna LoveMakan.com juga boleh turut sama mengakses kepada kandungan interaktif, termasuk gambar dan video, dan ketahui lebih lanjut berkaitan dengan sesuatu makanan itu.
Makanan-makanan pada LoveMakan.com dikategorikan mengikut negeri, sekaligus membolehkan para pengguna setempat mencari makanan kegemaran mereka yang berdekatan dengan lebih mudah, selain memudahkan mereka mencari makanan baru ditempat berdekatan mereka. Lagi satu perkara menarik yang dipaparkan pada LoveMakan adalah dimana setiap makanan yang diperlihatkan, turut dipaparkan bersama-sama dengan harga makanan tersebut, sekaligus memudahkan para pengguna membuat belanjawan awal, selain nombor telefon kedai makanan turut disediakan, untuk memudahkan proses tempahan.
Tips daripada @Ayeh.

Diambil dari: http://amanz.my/2011/01/lovemakan/

0 comments:

Post a Comment